17 Apr 2011

Terima Kasih.....



Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Prasekolah sesi 2008-2010




En Latif (Kiri) dan En Kalifandi/Blog Admin (Kanan) masih kekal dalam jawatankuasa u ntuk sesi 2011-2013

Mesyuarat Agung Jawatankuasa Prasekolah



Ahli jawatankuasa yang baru dilantik bagi sesi 2011-2013

Pegerusi baru Jawatankuasa Prasekolah Kuala Kangsar (En Faisal bin Ismail)

Terima diucapkan kepada Pn Hamiza yang telah memimpin Jawatankuasa Prasekolah selama ini.







Penyampaian cenderahati kepada perasmi, En Kamarulazua Abu Kassim

Perasmian Mesyuarat Agung Jawatankuasa Prasekolah disempurnakan oleh Pegawai Khas Prasekolah

12 Apr 2011

Bengkel Pentaksiran 3M Prasekolah Negeri Perak 2011

Assalamualaimum, Minta perhatian SEMUA guru prasekolah. Bengkel Pentaksiran 3M akan diadakan pada 14 April 2011 ( Khamis ) di dewan PPD K.Kangsar jam 3.00 hingga 5.00 petang. Semua guru prasekolah mesti hadir. Bawa bersama-sama yuran RM 30. Untuk maklumat lanjut rujuk portal PPD Kuala Kangsar.

28 Mac 2011

Bengkel Pentaksiran Prasekolah Kuala Kangsar

Bengkel Pentaksiran Prasekolah Kuala Kangsar

Tarikh: 28/3/2011

Masa: 3.00-5.00 Petang

*Turut diadakan pemilihan Jawatankuasa Guru Prasekolah sesi 2011-2012

*Kepada yang berminat menyertai Pertandingan Bowling Guru Prasekolah Perak pada 10 April 2011, sila beri nama semasa Bengkel (En Kalifandi)

27 Feb 2011

Bahan Bengkel Fail Prasekolah 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sila muat turun bahan-bahan seperti di berikut :
(di ruang muat turun)
  1. Fail Meja Guru Prasekolah ( Sila cetak)
  2. Taklimat Fail Prasekolah ( Power Point Taklimat)
  3. Senarai Semak Fail Utama
  4. Borang Data Guru & PPM 2011
Guru-guru yang tidak hadir pada hari tersebut perlu memuat turun Borang Data Guru & PPM 2011 untuk diisi dan dihantar semula seberapa segera.

ADMIN

21 Feb 2011

Blog Prasekolah

Sila aktifkan semula blog prasekolah anda( Daerah Kuala Kangsar) dan maklumkan alamat pada ADMIN pada ruang ULASAN di bawah.

Sila beri alamat e-mail Prasekolah anda juga. Bahan-bahan mungkin akan disekat pada masa akan datang dan terhad kepada guru daerah Kuala Kangsar sahaja. Password akan dimaklumkan melalui email.

6 Jan 2011

RPH & RPT PRASEKOLAH 2011

Assalamualaikum, selamat tahun baru 2011 dan selamat memulakan tugas anda. Saya harap anda dikurniakan kesejahteraan yang baik untuk meneruskan komitmen anda bagi tahun 2011. Tahniah kerana telah melepasi cabaran 2010 dengan jayanya dan menyumbang tenaga tanpa mengenal lelah. Anda adalah pemangkin kecemerlangan generasi akan datang. Saya bagi pihak PPD Kuala Kangsar amat menghargai sumbangan anda tanpa mengenal kritikan atau sanjungan. Teruskan usaha murni anda semoga Tuhan sahaja yang menimbang putih dan hitamnya. Mohon semua guru prasekolah daerah Kuala Kangsar merujuk kepada contoh Rancangan Mengajar Harian dan Tahunan yang terdapat dalam blog ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Peg. Khas Akademik Prasekolah.

3 Jan 2011

Bahan Baharu 2011

Admin telah diminta memasukkan bahan baharu berkaitan P&P. Sila muat turun 11 item yang dimuatkan. Terdapat fail yang hanya boleh dibuka menggunakan microsoft office 2007/2010 sahaja. Harap maaf. Bagi perlaksanaan perkara yang tersebut, sila rujuk Pegawai Akademik.

3 Januari 2011

30 Dis 2010

Lawatan Pembantu Pengurusan Murid Ke Parlimen (1 Disember 2010)

Lawatan Penanda Aras Pembantu Pengurusan Murid, PPD Kuala Kangsar. Lawatan turut diiringi Pegawai Akademik PPD Kuala Kangsar.

Lawatan Guru Prasekolah Ke Pusat Permata Negara Putrajaya

Ketibaan guru-guru di Pusat Permata Negara

Mendengar taklimat ringkas daripada Ketua Pendidik










Penghargaan kepada Ketua Pendidik Pusat Permata Negara









Pengerusi Jawatankuasa Guru Prasekolah Daerah Kuala Kangsar

Lelaki-lelaki nie asalnya berpuasa..tapi terpaksa makan :)

Singgah di Masjid "Besi", Putrajaya