19 Jun 2012

MAKLUMAT UNTUK GURU PRASEKOLAH 19 JUN 2012

  1. Sila muat turun borang analisis Kembara 2012 TERKINI
  2. Sila muat turun makluman untuk guru prasekolah.

1 Feb 2012

MAKLUMAN UNTUK PENGETUA/GURU BESAR KELAS PRASEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR:

MAKLUMAN UNTUK PENGETUA/GURU BESAR KELAS PRASEKOLAH

DAERAH KUALA KANGSAR:

Mohon kerjasama semua kelas prasekolah menghantar borang (Mpra1) selewat-lewatnya minggu pertama Februari 2012.

Mengemaskini data SMPK secara online sebelum 10 Februari 2012.Unit Prasekolah JPN Perak akan membuat verifikasi data SMPK sebelum 15 Februari 2012.

Bagi kelas prasekolah yang masih belum mengambil bahan P&P 2011/12. Sila ambil di Unit Prasekolah PPD Kuala Kangsar.

Bagi kelas prasekolah perluasan 1992/2002/2010/2011, sila ambil peralatan pertanian di Unit prasekolah PPD Kuala Kangsar.

Mohon layari portal JPN mengenai pertandingan inovasi prasekolah.

Sekian terima kasih.

12 Jan 2012

Borang Enrolmen Prasekolah 2012 ( SEGERA)

Salam, Admin telah diminta petang tadi (12/1/12 Khamis) untuk memasukkan borang enrolmen prasekolah yang perlu dihantar oleh guru-guru pada hari ISNIN PAGI (16/1/12) SELEWAT LEWATNYA untuk keperluan maklumat JPN. Guru-guru boleh MUAT TURUN di ruangan muat turun. Sila hantar maklumat ke PPDKK. Sila maklum kepada rakan-rakan lain. Terima Kasih.

6 Jan 2012

Borang Maklumat Prasekolah 2012


Salam. Sila muat turun Borang Maklumat Prasekolah 2012 di ruangan muat turun. Borang perlu diisi dan dikemaskini sebanyak empat (4) kali setahun mengikut tarikh yang tertera pada lampiran yang disediakan. Terdapat enam helaian termasuk lampiran.

  1. Data sehingga 31 Januari perlu dihantar pada 5 Februari.
  2. Data sehingga 1 April perlu dihantar pada 7 April
  3. Data sehingga 1 Julai perlu dihantar pada 7 Julai
  4. Data sehingga 30 Oktober perlu dihantar pada 5 November

Sila hantar borang maklumat kepada PPDKK mengikut tarikh yang ditetapkan.

Rancangan Tahunan Prasekolah 2012

Salam. Admin telah menerima Rancangan Tahunan Prasekolah 2012 daripada PPDKK semalam (5/1/12)untuk kegunaan guru. Guru-guru boleh muat turun bahan di ruangan muat turun. Sekian

Konvokesyen Peringkat Negeri Perak, 2011





Diadakan pada 29 Oktober 2011, di dewan Masterskill, Ipoh. Program disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Konvokesyen Daerah Kuala Kangsar, 2011




22 Ogo 2011

Program Penarafan Prasekolah. SEGERA

Semua guru diminta menyerahkan instrumen Program Penarafan Prasekolah kepada pentadbir untuk diisi (diisi oleh pentadbir).

Tarikh tutup: 26 Ogos 2011
Hari: Jumaat

* Pengisian instrumen adalah mengikut kelas bukan kesuluruhan prasekolah (Bagi yang melebihi satu kelas)
* Kelas yang berjaya mendapat tempat 1-40 dalam negeri Perak berkemungkinan dipilih menyertai Konvokesyen Perdana di Masterskill Ipoh pada bulan Oktober.
* Borang Excel mempunyai 2 bahagian. sila semak sheet 1 dan 2 (Bahagian bawah)
* Terdapat pindaan tarikh tutup. Tarikh 23 Ogos 2011(Portal PPD) telah ditukar kepada 26 0g0s 2011

Sila hantar instrumen kepada kepada Pegawai Prasekolah Dan Permata PPDKK.

Sila muat turun (DOWNLOAD) panduan dan instrumen di ruang muat turun.

17 Ogo 2011

Pembetulan Pentaksiran (Kem. Menulis 5 Tahun)- Bagi yang ada kata kunci.

Bagi yang memiliki kata kunci borang analisis.

Sila ikut langkah di bawah:

  1. Buka borang analisis Kemahiran Menulis 5 Tahun
  2. Klik Review
  3. klik Unprotect Sheet
  4. Masukkan Password.
  5. Klik Kotak (jumlah murid) yang telah ditunjukkan dalam gambar kedua (warna merah)
  6. Tukar formula seperti gambar kedua. (KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN GAMBAR)










15 Jul 2011

Pentaksiran Fasa 2/2011 (Download)

Salam, semua guru diminta melaksanakan Pentaksiran Kembara Fasa 2/ 2011 bermula hari ini. Sila hantar ke PPD Kuala Kangsar sebelum 10 September 2011.

* Pentaksiran KPM sahaja yang diterima pakai dalam pemantauan Jemaah Nazir. Pentaksiran Kembara hanya untuk Negeri Perak.