16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Jawatankuasa Guru Prasekolah Kuala Kangsar mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Semoga lebih gigih dalam mendidik anak bangsa.

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

3 Mei 2010

BENGKEL SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH

KEPADA
SEMUA GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR

MOHON KERJASAMA TUAN UNTUK MEMBENARKAN SEORANG GURU PRASEKOLAH HADIR KE BENGKEL SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH YANG AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 3 MEI 2010
MASA: 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN PPD KUALA KANGSAR

BAWA BERSAMA LAPTOP DAN EXTENSION WIRE.

KERJASAMA TUAN/PUAN SANGATLAH DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.

27 Apr 2010

Kursus Pengurusan Aset Pejabat Pelajaran Daerah Kuala kangsar



Kursus Pengurusan Aset anjuran P.P.D.K.K. untuk Pembantu Pengurusan Murid akan diadakan seperti ketentuan berikut.

Tarikh: 29 April 2010

Masa : 8.00 pagi- 5.00 ptg

Tempat: P.P.D.K.K.

Sekian.

23 Apr 2010

Baju Korporat Prasekolah Daerah Kuala Kangsar

Gambar hiasan


Salam. Guru prasekolah lelaki diminta ke Prasekolah Kg Maamor, Sg Siput untuk mengukur saiz baju korporat yang akan ditempah. sila buat pembayaran RM 55.00 untuk sepasang baju tersebut. Sila berhubung dengan En Latif b. Mohd Jusin untuk maklumat lanjut. Sekian

Penghantaran Rumusan Pentaksiran

Salam. Guru-guru boleh menghantar rumusan penilaian pada 30 April 2010 kepada Pegawai Khas Akademik Prasekolah.


Sumber maklumat: Taklimat bengkel blog prasekolah yang lalu.

7 Apr 2010

Kongsi Cerita Di Sini.


Ada cadangan baik untuk semua prasekolah ?Ingin berkongsi teknik, kaedah dan lain-lain perkara berkaitan prasekolah?

Klik ulasan di bawah tajuk ini. Boleh mengarang panjang lebar tanpa nama /email.

2 Apr 2010

Peruntukan Lawatan JPN Perak



Salam...Baru-baru ini,admin ada menghubungi JPN Perak berkenaan dengan peruntukan lawatan.Maklum balas yang diterima mengatakan bahawa tiada peruntukan untuk lawatan prasekolah.Walaubagaimanapun,terpulang kepada prasekolah untuk mengadakan lawatan tanpa bantuan peruntukan daripada JPN.

27 Mac 2010

Bengkel Membina Blog Prasekolah



Sabtu (26 Mac 2010)
P.P.D Kuala Kangsar

Bengkel membina blog prasekolah telah berjaya dilaksanakan. Kesemua guru prasekolah telah hadir memberi komitmen masing-masing terhadap perkembangan prasekolah. Hampir kesemua prasekolah telah berjaya membina blog asas masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Khas Akademik Prasekolah kerana mengadakan bengkel ini. Ucapan terima kasih juga kepada guru-guru prasekolah kerana telah memberi sumbangan melalui tabung prasekolah daerah Kuala Kangsar bagi menjayakan bengkel ini.

Semua blog prasekolah yang telah dibina akan dipautkan dalam blog ini pada 5 April 2010

Beberapa contoh alamat laman yang dapat membantu anda mengindahkan lagi blog anda.

http://www.blogspottutorial.com/2007/11/how-to-settings-your-blog.html
http://bloggerblogbackgrounds.blogspot.com/
http://www.scrapmyblog.com/
http://www.hongkiat.com/blog/50-most-beautiful-blogger-templates/
http://www.al-habib.info/islamic-clock/digital-clock-mosque-silhouette-01.htm
http://www.widgeo.net/
http://www.cbox.ws/