Lawatan Penanda Aras Pembantu Pengurusan Murid, PPD Kuala Kangsar. Lawatan turut diiringi Pegawai Akademik PPD Kuala Kangsar.
30 Dis 2010
Lawatan Pembantu Pengurusan Murid Ke Parlimen (1 Disember 2010)
Lawatan Penanda Aras Pembantu Pengurusan Murid, PPD Kuala Kangsar. Lawatan turut diiringi Pegawai Akademik PPD Kuala Kangsar.
6 Nov 2010
Lawatan Penanda Aras Guru Prasekolah ke Pusat Permata Negara, Putrajaya

Lawatan ini dibuka kepada semua guru prasekolah daerah Kuala Kangsar. Berikut butir-butir lawatan:
Tarikh: 13 November 2010
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Pusat Permata Negara dan Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.
Bayaran: RM 40 Sahaja (Makan dan minum adalah tangungan sendiri).
Kepada yang berminat sila berhubung dengan AJK Guru Prasekolah.
Sila muat turun tentatif program di bawah.
Klik di sini
11 Okt 2010
TAKLIMAT MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PRASEKOLAH UNTUK GURU PRASEKOLAH NEGERI PERAK 2010 OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KPM

Tarikh : 14 Oktober 2010
Masa : 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Hotel Seri Malaysia Taiping
27 Sep 2010
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Guru-Guru Prasekolah

Sukacita dimaklumkan, Jamuan Hari Raya akan diadakan pada ketentuan berikut:
Tarikh: 2 Oktober 2010
Hari: Sabtu
Masa: 9 Pagi (Sila Hadir lebih awal untuk pendaftaran)
Tempat: PPD Kuala Kangsar
Pakaian: Lelaki (Baju Melayu), Perempuan (Baju Kurung)
Makluman:
- Di akhir aturcara akan diadakan sesi fotografi, sila tunggu sehingga majlis selesai.
28 Jun 2010
Nama Peserta Kursus ICT (Daerah Kuala Kangsar)

Tempat: Hotel Seri Malaysia, Taiping
Tarikh : 30 JUN - 2 JULAI
Pendaftaran: 2.00 Petang
Pengangkutan Tidak di Sediakan.
Kelengkapan: Rujuk Maklumat Blog Sebelum ini.
- Rosnida Bt Adnan ( SK KG Muhibbah)
- Norsalina Bt Mokhtar ( Sk Pdg. Ampang)
- Muhammad Faizal Ismail (SK Pos Poi)
- Mohd Rozani B Yaakob (SK Kati)
- Goh Geak Yeong (SJKC Jerlun)
- Chan Yuet Chun (SJKC Salak Baru)
- Wong Lau sen (SJKC Rimba Panjang)
- Lim Chiew Leng ( SJKC Liman Kati)
- Norhamidah Bt Abu Samah (SK Lasah)
- Norshazarina Bt Mohammad Razali (SK Paya Salak)
- Hamizah Bt Abd Hamid (Sk Kg. Nasib)
- Norhazaliza Abdullah Hashim (Sk Kota Lama Kanan)
- Melati Bt Ahmad (SK Sultan Idris)
- Abd. Latif B Jusin (SK KG Maamor)
- Rashidi B Mohammed ( SK Pos Perwor)
- Rabitah Bt Hashim (SK Clifford)
- Norizan Bt Bidin (SK Kg Kenang)
- Ida Fadzilatun (SK Raja Muda Musa)
- Nor Fizah BT Abdullah (SK Datin Khadijah)
- Habibah Bt Che Ros (SK Manong)
- Zakuan B Moahmmad (SK Pos Piah)
- Hamiza bt Zainuddin (SK Tun DR Ismail)
24 Jun 2010
Kursus ICT Guru Prasekolah Negeri Perak 2010
Hotel Seri Malaysia, Taiping- Daerah Kuala Kangsar dan Kinta Selatan (30 Jun -2 Julai)
Hotel Seri Malaysia, Ipoh - Daerah LMS dan Batang Padang ( 5 Julai-7 Julai)
Hotel Seri Malysia Ipoh - Daerah Hulu Perak dan Manjung (7 Julai - 9 Julai)
Pangkor Bayview Beach Resort - Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah (12 Julai-14 Julai)
Pangkor Bayview Beach Resort - Daerah Perak Tengah dan Kinta Utara (14-16 Julai)
Kursus akan dikendalikan Jurulatih ICT Negeri Perak.
Kelengkapan:
- Note Book (Wajib)
- Extension wire (wajib)
- Broadband
- External Microphone (Wajib)
- Thumb drive (wajib)
- Cd Clip arts, Background, Sound effect.
- Cd kosong.
Sumber: Mesyuarat ICT
Persidangan Prasekolah di Kuala Lumpur (29 Jun-2 Julai)
2 Jun 2010
Hari Terbuka Bomba Dan Penyelamat Kuala Kangsar
Pada 23 Mei 2010 Bomba Dan Penyelamat telah menganjurkan pertandingan mewarna dan pameran kepada prasekolah yang telah menyertai KELAB 3K. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antara prasekolah yang telah menyertai program ini ialah Prasekolah SK Kg.Nasib, Prasekolah SK Raja Muda Musa dan Tadika Islam Kuala Kangsar . Prasekolah Kuala Kangsar mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba Dan Penyelamat kerana telah menjemput prasekolah menyertai program yang diadakan. Terima kasih juga kepada Bank Rakyat kerana telah menaja pelbagai hadiah menarik kepada prasekolah.
16 Mei 2010
Selamat Hari Guru 2010
Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
