6 Jan 2011

RPH & RPT PRASEKOLAH 2011

Assalamualaikum, selamat tahun baru 2011 dan selamat memulakan tugas anda. Saya harap anda dikurniakan kesejahteraan yang baik untuk meneruskan komitmen anda bagi tahun 2011. Tahniah kerana telah melepasi cabaran 2010 dengan jayanya dan menyumbang tenaga tanpa mengenal lelah. Anda adalah pemangkin kecemerlangan generasi akan datang. Saya bagi pihak PPD Kuala Kangsar amat menghargai sumbangan anda tanpa mengenal kritikan atau sanjungan. Teruskan usaha murni anda semoga Tuhan sahaja yang menimbang putih dan hitamnya. Mohon semua guru prasekolah daerah Kuala Kangsar merujuk kepada contoh Rancangan Mengajar Harian dan Tahunan yang terdapat dalam blog ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Peg. Khas Akademik Prasekolah.

3 Jan 2011

Bahan Baharu 2011

Admin telah diminta memasukkan bahan baharu berkaitan P&P. Sila muat turun 11 item yang dimuatkan. Terdapat fail yang hanya boleh dibuka menggunakan microsoft office 2007/2010 sahaja. Harap maaf. Bagi perlaksanaan perkara yang tersebut, sila rujuk Pegawai Akademik.

3 Januari 2011