9 Mei 2013

MAKLUMAN UNTUK PENTADBIR DAN GURU PRASEKOLAH.


1. DATA  SKPK PRASEKOLAH.
Pihak sekolah dikehendaki mengemaskini data SKPK Prasekolah sebelum
10 Mei 2013 secara online.

2. PENTAKSIRAN 3M PRASEKOLAH.
Kerjasama tuan supaya dapat menghantar analisa pentaksiran Kembara 3M    
prasekolah ke PPD sebelum 28 Mei 2013.

3. Jemputan ke Seminar Kebangsaan Pendidikan  Awal kanak-Kanak.

Tarikh   :  11 hingga 12 Mei 2013
Tempat  :  Dewan Kuliah Perdana, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI
Masa     :  8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Pegawai-pegawai di PPD, sekolah  dan guru-guru dialu-alukan untuk  
hadir dan  mengambil bahagian dalam seminar tersebut.

4. PROGRAM PERMATA PINTAR (UKM) DAN PERMATA INSAN (USIM)
Mohon pihak sekolah menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyertai    
program permata pintar dan permata insan dengan melayari laman web:

                            http:// www.ukm1 permatapintar.edu.my.

12 Apr 2013

Pentaksiran Fasa 1, 2013

Sila muat turun Pentaksiran Fasa 1, 2013 di ruang muat turun. Borang analisis yang disahkan perlu diserahkan ke PPDKK pada bulan Mei 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Prasekolah dan Permata Kuala Kangsar. Terima Kasih

28 Mac 2013

Verifikasi data Prasekolah SMPK

Mohon kerjasama guru-guru dan PPM Prasekolah supaya mengemaskini data SMPK. Masih terdapat beberapa buah kelas yang belum melengkapkan data prasekolah termasuk kelas prasekolah intergrasi. Kesahihan data adalah tanggungjawab sekolah. Sila patuhi arahan tanpa gagal.
Sekian terima kasih.
Pen.PPD Prasekolah/Permata.

16 Jan 2013

Buku RPT Prasekolah

Mohon kerjasama kepada semua guru prasekolah daerah Kuala Kangsar.
Terdapat kekurangan buku RPT di daerah Kuala Kangsar.
Mohon semua guru prasekolah yang melebihi 1 kelas supaya memulangkan semula lebihan  buku RPT ke PPD Prasekolah. Setiap satu sekolah hanya layak senaskah buku RPT sahaja.
Sekian terima kasih diatas keperihatinan tuan/puan.