27 Jul 2012

Kain Rentang 1 Malaysia Prasekolah


Kain rentang 1 Malaysia sudah mula dijahit di peringkat daerah dan siap sedia untuk dihantar ke peringkat negeri. Sama-samalah kita tunggu digabungkan sehingga peringkat kebangsaan.

23 Jul 2012

Gambar saiz paspot

Kepada semua guru prasekolah dan PPM.
Mohon kerjasama hantar gambar ukuran paspot dalam bentuk softcopy (email/CD) ke PPD Prasekolah Kuala Kangsar sebelum 30 July 2012. Masukkan nama penuh  dan sekolah. Boleh dihantar melalui email khairamarshad@yahoo.com

20 Jul 2012

BLOG RASMI NEGERI PERAK


Unit Pengurusan Prasekolah Jabatan Pelajaran Perak telah membangunkan Blog Rasmi Prasekolah Negeri. Blog yang dijangka siap sepenuhnya beberapa minggu ini akan menjadi medan maklumat guru-guru prasekolah. Sila Layari  http://prasekolahnegeriperak.blogspot.com/2012/07/utama.html

19 Jun 2012

MAKLUMAT UNTUK GURU PRASEKOLAH 19 JUN 2012

  1. Sila muat turun borang analisis Kembara 2012 TERKINI
  2. Sila muat turun makluman untuk guru prasekolah.

1 Feb 2012

MAKLUMAN UNTUK PENGETUA/GURU BESAR KELAS PRASEKOLAH DAERAH KUALA KANGSAR:

MAKLUMAN UNTUK PENGETUA/GURU BESAR KELAS PRASEKOLAH

DAERAH KUALA KANGSAR:

Mohon kerjasama semua kelas prasekolah menghantar borang (Mpra1) selewat-lewatnya minggu pertama Februari 2012.

Mengemaskini data SMPK secara online sebelum 10 Februari 2012.Unit Prasekolah JPN Perak akan membuat verifikasi data SMPK sebelum 15 Februari 2012.

Bagi kelas prasekolah yang masih belum mengambil bahan P&P 2011/12. Sila ambil di Unit Prasekolah PPD Kuala Kangsar.

Bagi kelas prasekolah perluasan 1992/2002/2010/2011, sila ambil peralatan pertanian di Unit prasekolah PPD Kuala Kangsar.

Mohon layari portal JPN mengenai pertandingan inovasi prasekolah.

Sekian terima kasih.

12 Jan 2012

Borang Enrolmen Prasekolah 2012 ( SEGERA)

Salam, Admin telah diminta petang tadi (12/1/12 Khamis) untuk memasukkan borang enrolmen prasekolah yang perlu dihantar oleh guru-guru pada hari ISNIN PAGI (16/1/12) SELEWAT LEWATNYA untuk keperluan maklumat JPN. Guru-guru boleh MUAT TURUN di ruangan muat turun. Sila hantar maklumat ke PPDKK. Sila maklum kepada rakan-rakan lain. Terima Kasih.

6 Jan 2012

Borang Maklumat Prasekolah 2012


Salam. Sila muat turun Borang Maklumat Prasekolah 2012 di ruangan muat turun. Borang perlu diisi dan dikemaskini sebanyak empat (4) kali setahun mengikut tarikh yang tertera pada lampiran yang disediakan. Terdapat enam helaian termasuk lampiran.

  1. Data sehingga 31 Januari perlu dihantar pada 5 Februari.
  2. Data sehingga 1 April perlu dihantar pada 7 April
  3. Data sehingga 1 Julai perlu dihantar pada 7 Julai
  4. Data sehingga 30 Oktober perlu dihantar pada 5 November

Sila hantar borang maklumat kepada PPDKK mengikut tarikh yang ditetapkan.

Rancangan Tahunan Prasekolah 2012

Salam. Admin telah menerima Rancangan Tahunan Prasekolah 2012 daripada PPDKK semalam (5/1/12)untuk kegunaan guru. Guru-guru boleh muat turun bahan di ruangan muat turun. Sekian

Konvokesyen Peringkat Negeri Perak, 2011





Diadakan pada 29 Oktober 2011, di dewan Masterskill, Ipoh. Program disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Konvokesyen Daerah Kuala Kangsar, 2011